Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

MURID PEMULIHAN KE TOKOH AKADEMIK

There is no translation available

Daripada : NANTHANNI A/P PARAMASIDAM, SENTUL, KL

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Sivapriya Gopi dari SJKT Appar, Kuala Lumpur atas segala usaha dan dedikasi beliau dalammendidik anak saya, Arunneesh, dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Anak saya bermula sebagai murid pemulihan di Tahun 1, namun dengan bimbingan penuh kesabaran dan komitmen cikgu, beliau telah berjaya mencapai Anugerah Tokoh Akademik serta keputusan cemerlang 5A dalam lima mata pelajaran teras. Kejayaan ini membuktikan peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk keyakinan dan semangat murid. Terima kasih cikgu atas jasa yang tidak ternilai.

  • Share