APAKAH SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA UNTUK MELAYAKKAN PELAJAR MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI?
Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar mendapat BKPKK ialah:
Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.