Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya saya enggan membayar tuntutan ganti rugi yang dikenakan ke atas saya?
Notis peringatan dan amaran akan dikeluarkan kepada pemecah kontrak dan penjamin-penjamin. Sekiranya masih tiada bayaran atau maklum balas diterima, tindakan undang-undang dan kebankrapan akan dikenakan ke atas pemecah kontrak dan penjamin-penjamin.