Bagaimanakah cara jika saya ingin membuat semakan ikatan kontrak ke atas Perjanjian Biasiswa/Cuti Belajar KPM?
Pemegang kontrak perlu mengemukakan maklumat seperti berikut:
- Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);
- Nombor Kad Pengenalan;
- Nombor Telefon Bimbit;
- Alamat Terkini Surat-Menyurat; dan
- Kenyataan Buku Perkhidmatan.
Maklumat tersebut boleh dikemukakan kepada Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian melalui e-mel iaitu penguatkuasaan@moe.gov.my atau melalui talian 03–8321 7094/03–8321 7092 bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).