Apakah Prosedur Yang Perlu Dilakukan Semasa Memohon Pindah/ Tambah Peruntukan/ Pelepasan Baki?
- Permohonan pindah/ tambah peruntukan / pelepasan baki akan dipertimbangkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa PTJ dan/atau justifikasi kukuh. Permohonan mesti disertakan dengan:
- Pengesahan baki peruntukan di PTJ (laporan iGFMAS);
- Justifikasi yang lengkap; dan
- Ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Timbalan/ Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/ Ketua Penolong Pengarah (KPP)/ Ketua Penolong Setiausaha (KPSU)/ Ketua Unit (KU) yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Kewangan sahaja.
- Permohonan yang teratur hendaklah dikemukakan bersama-sama borang P.B 2.6 ke Cawangan Belanjawan, Bahagian Kewangan.