Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Bagaimanakah Cara Untuk Mendapatkan Surat Pelepasan Hakmilik Kerajaan Setelah Selesai Pembayaran Pinjaman?

  • Peminjam dikehendaki mengemukakan surat permohonan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut :-
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (depan & belakang) yang telah disahkan;
  • Salinan rekod pembaharuan insuran (bagi skim pinjaman) atau takaful (bagi skim pembiayaan) bagi setiap tahun sehingga pinjaman selesai;
  • Pinjaman kenderaan melalui Skim Pembiayaan Kenderaan dimestikan untuk membeli polisi perlindungan Takaful. Sekiranya pegawai telah membeli polisi perlindungan konvensional, maka pemohon perlu mendapat pengecualian daripada Pegawai Pengawal.
  • Salinan surat arahan pemberitahuan potongan gaji.
  • Bahagian Kewangan akan mengeluarkan Surat Pelepasan Hakmilik Dituntut Oleh Kerajaan atas nama Pengarah JPJ yang berkaitan dan disalinkan kepada Ketua Jabatan Peminjam bagi pemberhentian potongan kenderaan.
  • Share