Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apakah kriteria-kriteria yang boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan ke dalam Jawatan Kumpulan?

Kriteria-kriteria yang melayakkan pegawai ditukarkan ke Jawatan Kumpulan adalah seperti berikut:-

(i) Pegawai yang menghadapi masalah sakit yang berpanjangan melebihi 6 bulan.

(ii) Pegawai yang menghidap sakit tibi, kusta atau barah dan penyakit yang setaraf.

(iii) Pegawai yang menghadapi masalah gangguan tekanan jiwa (sakit mental) yang menyebabkan kehadiran mereka mendatangkan masalah kepada sekolah/ Jabatan.

(iv) Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji iaitu:-

(a) cuti tanpa gaji mengikut pasangan berugas/ berkursus di dalam atau di luar negara mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009 selama satu tahun atau lebih.

(b) pegawai yang telah diluluskan cuti menjaga anak mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.

(c) pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji atas urusan persendirian mengikut Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 selama 360 hari secara berterusan.

(v) Pegawai yang berprestasi rendah.

(vi) Pegawai yang disyaki telah melakukan jenayah.

(vii) Atas kepentingan perkhidmatan.

  • Share