Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apakah syarat dan bilakah Elaun Gangguan boleh dibayar?

Berdasarkan PP 4/1988, Elaun Gangguan (EG) merupakan suatu bayaran yang diberi kepada ‘pegawai yang bertukar wilayah’ apabila pegawai ditukarkan balik ke wilayah asalnya. Pada dasarnya, EG dibayar atas kadar sebulan gaji hakiki yang ditentukan apabila pegawai bertukar balik ke wilayah asalnya. Oleh itu, sebelum pegawai bertukar, sekiranya perlu EG dibayar secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki EG akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai sejurus sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya. Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar semula ke wilayah asal, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan mengikut gaji siapa yang lebih tinggi.

  • Share