Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apakah syarat-syarat dan tatacara pengesahan dalam perkhidmatan?

  • Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing-masing dalam tempoh percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

PPP

  • Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
  • Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; dan
  • Diperaku oleh Ketua Jabatan.

AKP

  • Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
  • Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda;
  • Lulus Peperiksaan Perkhidmatan seperti yang disyaratkan oleh Skim Perkhidmatan; dan
  • Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Ketua Jabatan hendaklah memperaku PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • Borang Permohonan PDP Pegawai (SPP/K/002)
    (Lampiran I Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
  • Borang Perakuan PDP
    Jadual Ketiga (Lampiran II atau Lampiran III Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
  • Borang Opsyen KWSP
    Jadual Kelima (Lampiran IV atau Lampiran V Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
  • Salinan Sijil Kursus Induksi / Program Tranformasi Minda (PTM) dan surat pengecualian Kursus Induksi/ PTM (jika ada)
  • Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP)
  • Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini / teratur dan disahkan
  • Share