Apakah Syarat Untuk Mendapatkan Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS)?
Berdasarkan perenggan 7, SPP Bil. 7 Tahun 2009, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pemberian CKS tertakluk kepada syarat berikut:
- Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;
- Pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuit pengajian secara jarak jauh;
- Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah mendapat pengiktirafan Unit Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam, Sektor Pengajian Tinggi bagi maksud lantikan ke dalam perkhidmatan awam yang boleh disemak melalui laman web JPA : eSISRAF;
- Kemudahan CKS hanya layak untuk dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan;
- Bilangan CKS yang diambil perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Maklumat Cuti Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai;
- Kemudahan yang diberikan bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan; dan
- Kemudahan CKS (iaitu Cuti Tanpa Rekod bagi mengikuti kursus intensif sebanyak 30 hari bagi satu tahun pengajian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa.
Kursus intensif meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti berikut:
- kuliah;
- tutorial;
- seminar/ bengkel/ kolokium; dan
- latihan amali/ latihan industri yang kurang daripada 30 hari.