Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apakah tanggungjawab pegawai sebagai pemilik Buku Perkhidmatan Kerajaan?

  • Setiap pegawai adalah bertanggungjawab untuk menyimpan segala dokumen penting berkaitan perkhidmatan seperti lantikan, kenaikan pangkat, cuti dan sebagainya;
  • Pegawai perlu menyemak BPK sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan ketepatan maklumat di dalam BPK terutamanya dalam tempoh 2 tahun sebelum mencapai umur persaraan wajib bagi memastikan segala urusan faedah persaraan tidak terjejas; dan
  • Pegawai perlu memberikan maklumat peribadi yang diperlukan bagi tujuan penyediaan Buku Perkhidmatan kepada Ketua Jabatan semasa melaporkan diri bertugas kali pertama, bertukar atau dilantik ke jawatan lain. Pegawai dari semasa ke semasa hendaklah memaklumkan kepada Ketua Jabatan mengenai sebarang perubahan maklumat yang telah diberikan
  • Share