Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Bagaimanakah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh memohon jawatan Pengetua Gred DG52?

Gred hakiki jawatan Pengetua adalah PPP gred DG52 dan telah difleksikan daripada gred minima jawatan asal sehingga PPP gred DG54 (KUP). Permohonan ke jawatan Pengetua Gred DG52 boleh dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu:

  • Pemangkuan
  • • Calon perlu memohon melalui Iklan Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Untuk Mengisi Jawatan Pengetua di Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS);
  • • PPP yang layak memohon bagi urusan pemangkuan ini adalah PPP yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG48, mempunyai pengalaman pentadbiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun, memenuhi syarat pengetua dan lulus pentaksiran.
  • Penempatan setara
  • • Calon perlu memohon melalui Iklan Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Untuk Mengisi Jawatan Pengetua di Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS)/ secara manual kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berkaitan bagi mendapatkan pertimbangan pengarah negeri masing-masing;
  • • PPP yang layak memohon bagi urusan penempatan setara ini adalah PPP yang berada pada gred DG52/DG54(KUP), mempunyai pengalaman pentadbiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun, memenuhi syarat pengetua dan lulus pentaksiran.

Bagi PPP yang memenuhi syarat umum dan khusus yang ditetapkan layak dipertimbangkan pemangkuan/ kenaikan pangkat ke Gred DG42.

  • Share