Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Berapa kalikah guru layak mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari, setelah menghabiskan kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari?

Tiada had. Kemudahan Cuti Bersalin Separuh Gaji adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru (yang mengajar) selama 14 hari dalam penggal sekolah. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.

Berdasarkan perenggan 8.2 PP 14/2010, Guru (yang mengajar) yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, tempoh Cuti Bersalin adalah seperti berikut:

  • Semasa penggal sekolah, guru (yang mengajar) boleh :
  • mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
  • mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan Cuti Bersalin Separuh Gaji; atau
  • menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam PP 5/2014 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.
  • Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.

9. Puan K, Pembantu Pengurusan Murid telah mengambil Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin sehingga 14 hari (3/3/15 – 16/3/15) dari tarikh dijangka bersalin. Namun demikian, beliau hanya bersalin pada 20/3/15. Adakah beliau boleh memberikan sijil sakit kepada Ketua Jabatan bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15)?

Tidak, sijil sakit tidak boleh diterima bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15). Cuti Bersalin pegawai hendaklah dikira mulai 3/3/15 – 1/5/15 selama 60 hari (jika pegawai mengambil Cuti Bersalin 60 hari).

  • Share