Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?

Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.

Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 12(3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:-

  • Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada umur 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan,
  • Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.
  • Share