Sekiranya pegawai telah memenuhi syarat untuk disahkan Dalam perkhidmatan tetapi tidak diperaku oleh Ketua Jabatan apakah yang perlu dilakukan?
- Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual Ketiga – Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan. Para 4, P.U(A) 1/2012.
Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai mengikut subperaturan (3), pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar ke Ketua Jabatan. Para 5, P.U.(A) 1/2012.