Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Adakah pegawai yang mengalami keguguran pada usia kandungan 24 minggu layak untuk mengambil Cuti Bersalin?

Layak. Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.

Dalam hal ini pegawai perlu memenuhi tempoh minimum Cuti Bersalin selama 60 hari dan dianggap telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin daripada jumlah kelayakan maksima selama 360 hari.

  • Puan Suzi telah melahirkan tiga (3) orang anak sepanjang perkhidmatan. Beliau telah diluluskan Cuti Belajar Tanpa Gaji mulai tahun 2008 hingga 2011. Dua (2) orang anak beliau dilahirkan dalam tempoh pengajian tersebut. Adakah kedua-dua orang anak yang dilahirkan dalam tempoh Cuti Belajar Tanpa Gaji itu diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin?

Tidak. Sekiranya pegawai bersalin dan sedang menikmati kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh/ Separuh Gaji/ Tanpa Gaji, maka ianya tidak diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin memandangkan tempoh tersebut telah diliputi dalam Cuti Belajar Bergaji Penuh/ Cuti Belajar Separuh Gaji/ Tanpa Gaji tersebut.

  • Puan Norimah, PPP Gred DG41 telah memohon untuk menggunakan 90 hari Cuti Bersalin bagi anak ketiga namun tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hanya meluluskan Cuti Bersalin selama 60 hari disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja di sekolah tersebut. Adakah Ketua Jabatan mempunyai hak untuk berbuat demikian?

Ya. Dari segi dasar pemberian kemudahan Cuti Bersalin, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Tempoh mandatori minimum Cuti Bersalin ialah 60 hari bagi setiap kelahiran. Tempoh Cuti Bersalin selebihnya sehingga maksimum 90 hari adalah tertakluk kelulusan Ketua Jabatan atas kepentingan perkhidmatan.

  • Share