Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apakah syarat dan peraturan yang melayakkan?

  • Untuk kali pertama pegawai hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan di wilayah penempatan/ tarikh lapor diri.
  • Kelayakan kali kedua dan seterusnya ialah pada bila-bila masa di dalam tahun berikutnya selepas tarikh lapor diri pegawai di wilayah penempatan.
  • Kemudahan tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri wilayah asal atau bandar utama bagi pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak atau Labuan.
  • Diberi sekali dalam tempoh satu (1) tahun perkhidmatan pegawai di wilayah penempatan.
  • Tempoh bercuti tanpa gaji atau bercuti separuh gaji tidak boleh diambil kira untuk menentukan kelayakan kemudahan ini. Tempoh cuti ini hendaklah ditambah kepada tempoh perkhidmatan pegawai untuk menentukan kelayakan kemudahan seterusnya.
  • Kemudahan TMWA yang tidak digunakan dalam tempoh tersebut akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.
  • Bagi kedua-dua suami isteri yang bertukar wilayah, hanya seorang sahaja layak memperolehi kemudahan TMWA atau Elaun Balik Kampung untuk membawa keluarga mengunjungi wilayah asal dalam sesuatu tahun manakala suami atau isteri menggunakan kadar bujang dalam tempoh sama.
  • Bagi isteri atau suami atau anak-anak yang tidak mengikut pegawai bertukar wilayah, mereka dibenarkan menggunakan tambang tersebut untuk melawat pegawai berkenaan.
  • Pegawai yang belum berkahwin yang balik ke Wilayah asalnya atas pembiayaan sendiri untuk berkahwin boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa isteri/ suami ke Wilayah penempatan pegawai.
  • Share