Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apakah syarat-syarat pelantikan Pengetua/Guru Besar (PGB)?

Syarat umum dan syarat-syarat khusus yang ditetapkan bagi pelantikan Pengetua dan Guru Besar (PGB) adalah seperti berikut:

Syarat Umum

a) telah disahkan dalam perkhidmatan;

b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;

c) bebas daripada prosiding/tindakan tatatertib;

d) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;

e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

f) bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan

g) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.

Syarat Khusus

a) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;

b) mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu :

• Pengetua : Bidang Umum;

• Guru Besar : Bidang Umum/Cina/Tamil;

c) lulus NPQEL atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan (NPQH);

d) mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;

e) mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan

f) melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013).

Ketua Jabatan perlu memastikan pegawai yang dicalonkan bagi penempatan ke jawatan hakiki/ pertukaran memenuhi syarat pemilihan dan penempatan PGB dan telah ditaksir sebelum diperakukan kepada BPSM.

  • Share