Apakah syarat yang melayakkan seorang pegawai dipertimbangkan Cuti Umrah?
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2017, kemudahan Cuti Umrah adalah merupakan Cuti Tanpa Rekod untuk pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam, bertaraf tetap bagi tujuan menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.