Apakah yang melayakkan seorang pegawai diberi taraf berpencen?
- Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya tidak memilih skim KWSP, telah disahkan dalam perkhidmatan dan genap tempoh 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira. Secara umumnya, tarikh PTB ditetapkan pada satu hari bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan. Dokumen yang perlu dikemukakan bagi tujuan Pemberian Taraf Berpencen adalah seperti berikut:
- Borang Permohonan PTB Pegawai (SPP/K/003) - (Lampiran VI Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013);
- Borang Perakuan PTB - Jadual Keenam (Lampiran VII atau Lampiran VIII Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013); dan
- Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/teratur dan disahkan.
Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP)