Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah akan diberhentikan, adakah pegawai layak menerima kos Bantuan Sara Hidup mengikut di mana wilayah pegawai berkursus?

  • Bagi pegawai yang menghadiri kursus (termasuk cuti belajar) melebihi tiga (3) bulan adalah tidak memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW), sebaliknya pegawai akan dibayar Bantuan Sara Hidup (BSH) berdasarkan kepada asas pemberian elaun yang sama iaitu untuk membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat. Perkara ini tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA.
  • Berdasarkan PP 3/2012, BSH dibayar mengikut lokasi institusi pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/ kursus jangka panjang dalam negara. Manakala Elaun Perumahan Wilayah (EPW) juga tidak akan dibayar kepada pegawai yang mengikuti kursus melebihi 3 bulan. Pegawai akan diberikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Perkara ini tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA.

Elaun Gangguan

  • Share