Dokumen apakah yang diperlukan untuk menyemak gaji yang tidak teratur?
(i) Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
(ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini dan disahkan;
(iii) Salinan Penyata Perubahan Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin.10/96) dokumen yang berkaitan dengan pelarasan gaji
(a) Kenaikan Pangkat – salinan surat pemangkuan dan siaran kenaikan pangkat
(b) Melangkah Titik Peningkatan (MTP) – surat siaran MTP
(c) Pelantikan – salinan surat tawaran pelantikan tetap, surat kenaikan pangkat dan kelayakan akademik (STPM/Diploma/Ijazah dll)
(d) Hadiah Pergerakan Gaji bagi bekas Tentera - LTAT/KEW Bat D132(1/95); Bat B 84@92, surat pengesahan perkhidmatan/Lampiran A (Biodata Perkhidmatan Tentera Awam), senarai tugas semasa menjawat jawatan tentera/polis, salinan kad pengenalan, surat pengesahan dari jabatan rekod dan pencen
(e) Hadiah Pergerakan/Kenaikan Gaji mengikut PP 4/1994 kerana memiliki Diploma/STPM – salinan Diploma/STPM
(f) Pergerakan Gaji Tahunan – salinan surat keputusan pergerakan gaji dari PPSM
(g) Opsyen SSB/SSM/PPPLD – salinan surat tawaran opsyen
Bersara Wajib / Persaraan Pilihan
- Apakah umur persaraan wajib bagi anggota-anggota sektor awam? Jawapan:
- Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 55 tahun
- Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 56 tahun
- Lantikan pada atau selepas 1.7.2008 – Umur persaraan wajib adalah 58 tahun
- Lantikan pada atau selepas 1.1.2012 – Umur persaraan wajib adalah 60 tahun
Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Pekeliling-Pekeliling yang berkaitan.