Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Pegawai telah mengambil cuti belajar bergaji penuh selama 3 tahun tetapi tidak melapor diri melebihi 2 minggu dari tarikh tamat tempoh cuti. i) Apakah tindakan yang perlu diambil? ii) Adakah perlu menahan gaji pegawai tersebut?

  • Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak yang berkenaan terhadap ketidakhadiran pegawai sebaik sahaja pegawai tamat cuti belajar bergaji penuh. Sekiranya disahkan pegawai didapati tidak hadir bertugas tanpa kebenaran tanpa cuti dan tidak dapat dikesan, Penyata Perubahan Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin10/96) hendaklah disediakan mengikut peruntukan di bawah Perintah Am 14A Bab C bagi tempoh yang pegawai dikehendaki hadir bertugas. Sungguhpun tindakan mengutip kembali gaji tersebut telah dilaksanakan, selaku Ketua Jabatan urusan untuk merujuk pegawai ke Lembaga Tatatertib hendaklah diteruskan sejajar dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 2002. Sekiranya ketidak hadiran pegawai tersebut didapati mengambil masa yang lama atau yang tidak sewajarnya serta pegawai gagal dikesan, maka urusan menahan gaji hendaklah segera diambil.
  • PPPLD Gred DGA34 telah dinaikkan pangkat sebagai PPPLD Gred DGA38 berkuat kuasa selepas tarikh beliau dilantik tetap sebagai PPPS Gred DG41. Adakah pegawai tersebut layak menerima kenaikan pangkat tersebut dan gaji permulaan lantikan sebagai PPPS Gred DG41 dipinda mengikut keputusan kenaikan pangkat tersebut?
  • Sebaik sahaja dilantik sebagai PPPS Gred DG41, pegawai telah berada di dalam skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan urusan kenaikan pangkat dalam skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma gred DGA38 tidak boleh dilaksanakan selepas lantikan tersebut.

Penetapan gaji permulaan lantikan pegawai adalah tertakluk kepada gaji akhir yang hakiki pada tarikh lantikan tersebut. Menurut peraturan 23 (8), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2012, jika seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke jawatan lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu terhad kepada amaun gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan lantikan itu. Ketua Jabatan hendaklah merujuk penetapan gaji permulaan lantikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan selaku pihak yang berkuasa melantik selaras dengan peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

  • Share