Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Puan Nadia mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 60 hari dan tidak pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebelum ini. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin?

Ya. Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin terhad sehingga 1,825 hari bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh 60 hari Cuti Bersalin Bergaji Penuh.

  • Puan Suraya, Pembantu Makmal hanya mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari dan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari. Disebabkan Cuti Menjaga Anak merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai bercadang untuk menghabiskan Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan diikuti dengan Cuti Rehat dan seterusnya Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin?

Tidak. Pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin kerana telah menggunakan kemudahan Cuti Rehat terlebih dahulu selepas Cuti Bersalin Bergaji Penuh. Namun, pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 365 hari selepas menggunakan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari.

  • Puan Faridah, seorang guru akan melahirkan anaknya yang ke-8 semasa penggal persekolahan. Pegawai tidak mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 900 hari pada tahun 2009. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara sekaligus?

Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin, terhad kepada baki sebanyak 925 hari dengan pengiraan seperti berikut:

1,825 hari (Jumlah kelayakan CMA)

- 900 hari (CMA yang diambil tahun 2009)

925 hari* (Baki kelayakan CMA)

*Pegawai boleh menggunakan baki 925 hari secara sekaligus atau sebahagian tertakluk kepada keperluan.

  • Puan Rozaini telah menggunakan kelayakan Cuti Menjaga Anak yang bersambung dengan Cuti Bersalin sebanyak 630 hari. Selepas kembali bertugas selama 1 tahun, pembantu rumah beliau telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Beliau berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. Pada ketika itu, anak beliau berumur 3 tahun. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak berikat dengan tempoh Cuti Bersalin?

Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 365 hari (1 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan.

  • Puan Fezlin, PPP Gred DG48 berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 360 hari untuk menjaga anaknya yang sakit. Namun demikian, memandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak ini merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai risau ia akan menjejaskan kelayakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974. Adakah pegawai masih layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974 selepas menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak?

Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C Tahun 1974 memandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2014 tidak menjejaskan kelayakan bagi kemudahan di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C 1974. Kedua-dua kemudahan Cuti Tanpa Gaji tersebut adalah merupakan dua kemudahan yang berbeza.

  • Puan Dahlia telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 150 hari bagi anaknya yang kedua. Selepas kembali bertugas selama 6 bulan, anaknya dimasukkan ke hospital. Pegawai juga telah habis menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah peruntukan Perintah Am Bab C 1974. Adakah pegawai layak menggunakan baki Kemudahan Cuti Menjaga Anak?

Pegawai layak menggunakan baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 215 hari dengan pengiraan seperti berikut:

365 hari (Kelayakan CMA Tidak Terikat)

- 150 hari (CMA Tidak Terikat yang telah diambil)

215 hari* (Baki kelayakan CMA Tidak Terikat)

  • Share