Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Seorang pegawai pulang ke kampung di Kelantan tetapi tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur kerana jalan telah ditutup akibat banjir. Adakah pegawai layak dipertimbangkan tidak hadir bekerja di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986?

Berdasarkan perenggan 1.1, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986, pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa boleh dipertimbangkan kemudahan tersebut. Ketua Jabatan boleh mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi.

  • Share