Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Seorang PPP yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari. Beliau bersalin semasa cuti penggal sekolah. Bolehkah guru berkenaan tidak menggunakan baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh dalam tempoh cuti penggal persekolahan tersebut?

Tidak boleh. Sebagaimana yang dijelaskan di Perenggan 5.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017, Guru berkenaan dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari seperti turutan berikut:

  • menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
  • bagi tempoh yang selebihnya (dalam cuti penggal) dianggap cuti bergaji penuh.
  • Seorang guru wanita memohon untuk mengambil cuti bersalin selama 60 hari pada penggal persekolahan. Walau bagaimanapun, baki kelayakan cuti bersalin bergaji penuh beliau adalah 55 hari. Pada hari ke-55 cuti bersalin, bayi pegawai telah meninggal dunia. Adakah pegawai perlu memenuhi tempoh 60 hari cuti bersalin walaupun baki kelayakan cuti bersalin bergaji penuh telah habis ?

Ya, pegawai perlu memenuhi tempoh minimum Cuti Bersalin selama 60 hari bermula dengan cuti bersalin bergaji penuh diikuti cuti bersalin tanpa gaji. Walau bagaimanapun, Cuti Menjaga Anak tidak dibenarkan.

Cuti Menjaga Anak

  • Puan Azura telah berkahwin dengan seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun 7 bulan yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya. Anak tiri pegawai telah ditimpa kemalangan dan beliau bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak untuk menjaga anak tiri?

Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2014, pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 5 bulan (152 hari) kerana anak tiri pegawai telah berusia 4 tahun 7 bulan ketika permohonan dikemukakan dan tertakluk kepada syarat 365 hari/ satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak berumur lima (5) tahun, mana yang terdahulu:

Perkiraan=5 Bulan x 365 hari

12 bulan

= 152 hari

  • Share