Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apa itu Program NILAM ?

  • NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
  • Pada tahun 2016 Mesyuarat Profesional KPM Bil. 08/2016 pada 3 Mac 2016 telah meluluskan Kertas Cadangan Penambahbaikan dan Penjenamaan Semula Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM).
  • Ini adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca yang berkualiti dalam kalangan murid. Program NILAM yang ditambahbaik ini membolehkan murid membaca pelbagai jenis bahan sama ada buku atau bahan bukan buku. Ini termasuklah sumber bahan bacaan digital.
  • Share