Skip to content

Official portal of the Ministry of Education Malaysia

Apakah matlamat Pembestarian Sekolah?

  • Matlamat Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut:
  • Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
  • Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan murid
  • Membangunkan modal insan yang berkemahiran ICT untuk memenuhi keperluan masa hadapan
  • Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Pembestarian Sekolah
  • Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan kepada sekolah bestari ialah yang bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu, akses kendiri, terarah kendiri dan reflektif. Ini berlaku dengan adanya sokongan teknologi pelbagai media dan jaringan talian internet. Pembelajaran juga berubah daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Murid dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan disemai dengan nilai-nilai murni.
  • Selain itu, guru digalakkan menggunakan strategi pembelajaran abad ke-21 seperti Pembelajaran Kolaboratif, Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran secara Inkuiri-Penemuan, Penyelesaian Masalah, Pembelajaran Masteri, Konstruktivisme, Pembelajaran Penerokaan dan sebagainya
  • Share