Assistance from the Poor Students' Trust Fund Group
There is no translation available
Bantuan Makanan Asrama (BMA)
JENIS BANTUAN: Bantuan Khusus
PENGENALAN :
Bantuan Makanan Asrama (BMA) dimulakan sejak tahun 1974 bagi membiayai kos penyediaan makanan murid di asrama. Pada masa ini, Kerajaan menampung 95 peratus daripada kos penyediaan makanan dan baki 5 peratus ditampung melalui kutipan Yuran Makanan Asrama (YMA) daripada ibu bapa/penjaga.
KADAR :
- Bantuan diberikan kepada sekolah berdasarkan harga kontrak semasa Bekalan Makanan Bermasak (BMB)/ Bekalan Makanan Mentah (BMM)
- Manakalan Yuran Makanan Asrama (YMA) dikutip daripada ibu dan bapa/ penjaga berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah mengikut bilangan hari murid berada di asrama iaitu:
- Bagi pendapatan RM5,000 ke atas: Yuran RM3.00/hari
- Bagi pendapatan RM4,999 ke bawah: Yuran RM1.00/hari
PEMILIHAN :
Berdasarkan enrolmen murid penghuni asrama.
KAEDAH PENYALURAN :
Peruntukan disalurkan ke sekolah melalui JPN/Bahagian
PUNCA KUASA :
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2021 (Pindaan 2023).