Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

AISC 2026 Perkasa Bakat Saintis Muda Berteraskan Stem Dan Nilai Islam

23 JULAI 2026 | AISC 2026 PERKASA BAKAT SAINTIS MUDA BERTERASKAN STEM DAN NILAI ISLAM

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚𝑖𝑐 𝑆𝑐𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒 𝐶𝑎𝑚𝑝 (𝐴𝐼𝑆𝐶) 2026 di PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program selama tujuh hari itu menghimpunkan 165 orang murid bagi memperkasa bakat saintis muda melalui pembelajaran berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta nilai Islam.

Bertemakan "𝐸𝑚𝑝𝑜𝑤𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝑌𝑜𝑢𝑛𝑔 𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚 𝑆𝑐𝑖𝑒𝑛𝑡𝑖𝑠𝑡𝑠 𝑓𝑜𝑟 𝑎 𝑆𝑢𝑠𝑡𝑎𝑖𝑛𝑎𝑏𝑙𝑒 𝐹𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒", program ini mengintegrasikan eksperimen sains, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), Pendidikan dan Pengurusan Halal serta penghayatan al-Quran dan Sunnah menerusi modul HALFYST dan YALE. Penganjurannya diharap dapat melahirkan generasi saintis muda yang berilmu, berintegriti, berdaya saing dan berupaya menyumbang kepada pembangunan ummah serta kelestarian masa hadapan. #sekolahku

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

  • Kongsi