Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bantuan Kecil Persekutuan (BKP)

BANTUAN KECIL PERSEKUTUAN (BKP)

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

  • Biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.

KADAR :

  • Tingkatan 1 hingga 4 dan Tahun 1 KV : RM70.00 sebulan x 12 bulan.
  • Tingkatan 5 dan Tahun 2 KV : RM70.00 sebulan x 11 bulan.
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 7 bulan.
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 11 bulan.
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : RM90.00 sebulan x 7 bulan.
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 11 bulan.

PEMILIHAN :

  • Murid Warganegara Malaysia
  • Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) termasuk murid Tahun 1 dan Tahun 2 Kolej Vokasional dan murid yang menduduki STAM
  • Pendapatan ibu dan bapa/ penjaga RM2,589 sebulan dan ke bawah
  • Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun/insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan

KAEDAH PENYALURAN :

  • Biasiswa disalurkan terus oleh KPM ke akaun murid yang layak.

PUNCA KUASA :

  • Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2024

  • Kongsi