Bantuan Prasekolah
BANTUAN PRASEKOLAH
JENIS BANTUAN:
- Bantuan Umum
PENGENALAN
- Bantuan Prasekolah merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada kelas prasekolah di sekolah kerajaan (SK) dan sekolah bantuan kerajaan (SBK).
- Bantuan Prasekolah merangkumi Bantuan PCG Prasekolah, Bantuan Makanan Prasekolah dan Bantuan Kokurikulum Prasekolah.
KADAR
Bil | Jenis Bantuan | Kadar (RM) |
1. | Bantuan PCG Prasekolah | RM100 seorang murid setahun |
2. | Bantuan Makanan Prasekolah |
(Terhad kepada 200 hari setahun) |
3. | Bantuan Kokurikulum Prasekolah | RM25 seorang murid setahun |
PEMILIHAN
- Berdasarkan enrolmen murid prasekolah yang bersekolah di SK dan SBK.
KAEDAH PENYALURAN
- Dikreditkan terus ke akaun bank (Kumpulan Wang Sekolah) sekolah.
PUNCA KUASA
- Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2021.