Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Pendidikan Islam (PI) Dalam Pendidikan Khas

Program j-QAF Pendidikan Khas adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) di Pendidikan Khas untuk :-

1. Murid Berkeperluan Khas (MBK) Bermasalah Pembelajaran, Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan.

  • Bagi Murid Bermasalah Pembelajaran program ini memberi penekanan khusus dalam
  • Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran menggunakan Modul Kaedah Iqra' dan
  • Pengajaran dan Pembelajaran Fardhu Ain menggunakan Modul Amali Solat.

2. Bagi Murid Bermasalah Pendengaran program ini memberi penekanan khusus dalam

  • Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran menggunakan Modul Kaedah Iqra',
  • Pengajaran dan Pembelajaran Fardhu Ain menggunakan Modul Amali Solat dan
  • Pengajaran dan Pembelajaran Jawi menggunakan Modul Pembelajaran Jawi.

3. Manakala bagi Murid Bermasalah Penglihatan menggunakan sepenuh modul j-QAF aliran perdana yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.

  • Kongsi