ADAKAH PELAJAR BOLEH MENERIMA TAJAAN/ BIASISWA DARIPADA AGENSI LAIN SEKIRANYA TELAH MENERIMA BANTUAN KEWANGAN ASASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA?
Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM. Pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan/biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.