Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

APAKAH BENTUK TAJAAN BIASISWA YANG DISEDIAKAN OLEH KPM UNTUK ORANG AWAM DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMOHON BIASISWA BERKENAAN?

KPM menyediakan tajaan Biasiswa MyBrainSc kepada orang awam warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Siswazah secara sepenuh masa hanya dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA) dan universiti terkemuka luar negara (Ivy League). Permohonan Biasiswa ini boleh dikemukakakan secara atas talian di https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/. Kementerian akan memaklumkan tarikh permohonan dibuka secara atas talian melalui pengumuman di laman web KPM.

Biasiswa yang diberikan adalah dalam bentuk Yuran Pengajian yang dibayar terus kepada Universiti, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Bantuan Komputer, Elaun Kertas Projek, Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis.

  • Kongsi