Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

APAKAH SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA UNTUK MELAYAKKAN PELAJAR MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN ASASI?

Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:

Pemohon adalah warganegara Malaysia;

Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;

Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan

Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Kongsi