BAGAIMANAKAH UNTUK MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI SAMA ADA DILULUSKAN ATAU TIDAK?
Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :
Surat tawaran;
Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
Borang penyata kewangan penjamin;
Panduan mengisi borang perjanjian;
Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.