Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

SAYA MERUPAKAN PELAJAR DARI KALANGAN KUMPULAN B40. ADAKAH KPM MENYEDIAKAN BIASISWA KHAS UNTUK GOLONGAN SEPERTI SAYA MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH? BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA MEMOHON BIASISWA TERSEBUT?

Ya, KPM ada menyediakan bantuan kewangan untuk golongan sasaran B40 seperti berikut:

(i)

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti dalam bentuk wang saku RM1,800 sesemester (6 bulan) diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil penuh di Kolej Komuniti seluruh negara; dan

(ii)

Bantuan Kewangan Asasi dalam bentuk wang saku RM 2,500.00 setahun, yuran pengajian dan yuran penginapan serta tiket kapal terbang (sekali pergi dan balik sepanjang pengajian) diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat matrikulasi di 12 Universiti Awam terpilih.

  • Kongsi