Saya merupakan pelajar pra perkhidmatan/Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima biasiswa/cuti belajar KPM. Apakah kesan sekiranya saya ingin berkhidmat sebagai Pensyarah di IPTA/IPTS selepas tamat belajar atau dalam tempoh ikatan kontrak?
Pemegang kontrak hendaklah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sepertimana yang ditetapkan oleh KPM sebagai penaja. Pemegang kontrak telah dianggap melanggar terma perjanjian dan akan dikenakan tindakan ganti rugi berdasarkan kos perjanjian.