SAYA TELAH MENDAPAT TAWARAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI LUAR NEGARA. ADAKAH KPM ADA MENYEDIAKAN BIASISWA UNTUK SAYA BELAJAR KE LUAR NEGARA?
KPM hanya menyediakan Biasiswa MyBrainSc untuk pelajar pintar warganegara Malaysia dalam bidang Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik sahaja) bagi pengajian di luar negara (Ivy League University). KPM tiada menyediakan peluang Biasiswa atau sebarang bentuk pembiayaan untuk orang awam bagi program - program lain untuk pengajian di luar negara.