Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Saya tidak berkemampuan untuk membayar balik Pinjaman Pelajaran KPM mengikut kadar ansuran bulanan yang telah ditetapkan. Adakah saya layak untuk memohon pengurangan dan bagaimanakah caranya?

Pengurangan ansuran bayaran balik pinjaman akan dipertimbangkan berdasarkan semakan terhadap komitmen kewangan dan pendapatan bulanan peminjam. Peminjam wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

a. Permohonan secara bertulis menerusi surat / e-mel Rayuan; dan

b. Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan jika bekerja; atau

c. Melengkapkan Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu jika tidak bekerja.

  • Kongsi