Adakah pegawai layak dibayar EPW sekiranya pegawai mendiami rumah yang telah dibeli oleh pasangannya melalui pinjaman perumahan Kerajaan?
Ya. Mengikut Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 14 Julai 2009, Kerajaan telah bersetuju meminda supaya pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan pegawai dengan pinjaman perumahan Kerajaan di dalam stesen pegawai berkhidmat adalah layak diberi EPW.