Apakah dokumen pengesahan penjagaan sementera yang diperlukan?
Perakuan bertulis bagi hak penjagaan bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan hendaklah diberikan oleh ibu atau bapa kepada penjaga sementara yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Contoh 1: Pegawai F telah diberi hak penjagaan sementara oleh jirannya (pekerja swasta), untuk menjaga anak mereka yang berusia 7 tahun selama dua (2) bulan kerana bertugas di luar negara. Sekiranya anak jagaan tersebut didapati menghidap penyakit berjangkit seperti senarai penyakit di Lampiran A PP Bil. 11/2016, pegawai F layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin.
Contoh 2: Pegawai G telah diberi hak penjagaan sementara oleh adiknya yang bertugas di Majlis Daerah Bentong untuk menjaga anaknya yang berusia tujuh (7) tahun selama 45 hari untuk menunaikan fadhu haji. Selepas dua (2) minggu, anak jagaan sementara tersebut disahkan menghidap chickenpox dan diberi perakuan kuarantin selama enam (6) hari.
Pegawai G layak mendapat Cuti Kuarantin selama lima (5) hari, tidak termasuk hari mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am memandangkan perakuan bertulis ibu atau bapa anak tersebut diberi melebihi satu (1) bulan.
7. Nyatakan keadaan yang tidak melayakkan pegawai mendapat kemudahan Cuti Kuarantin.
Kemudahan Cuti Kuarantin tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut:
- ibu dan bapa yang anaknya tidak mendapat penyakit berjangkit tetapi dibimbangi boleh menjadi pembawa penyakit berjangkit kerana terdapat anak-anak di taska/ sekolah yang disahkan mendapat penyakit berjangkit; dan
- ibu bapa yang anaknya disahkan sihat tetapi taska/ sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin untuk mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit.
BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN DAN BAYARAN INSENTIF TUGAS PENGURUSAN STOR