Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah kriteria yang diambil kira dalam melaksanakan urusan unjuran pengambilan guru?

  • Penyelarasan pengambilan dan penempatan graduan pendidikan dilaksanakan berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen. Kekosongan jawatan ini merangkumi guru-guru yang bersara wajib, bersara pilihan, berlakunya peletakan jawatan dan kematian serta pembukaan institusi (sekolah) baharu. Keperluan opsyen pula berdasarkan kekosongan opsyen guru di sesebuah sekolah/institusi, jumlah pembukaan institusi baharu serta perubahan dasar semasa Kerajaan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) akan membuat perancangan unjuran pengambilan guru baharu dengan mengambil kira kriteria-kriteria tersebut melalui kerjasama dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai Bahagian peringkat kementerian dan agensi pusat sebelum diselaraskan dengan IPGM dan juga UA.
  • Kongsi