Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah prosedur yang perlu dilakukan oleh graduan yang tidak dilantik untuk berkhidmat dengan KPM?

  • Bagi graduan Pendidikan yang tidak dilantik berkhidmat dengan KPM atas pelbagai sebab seperti gagal temu duga SPP, tidak hadir temu duga, hadir tetapi tidak ditemu duga kerana tidak membawa dokumen yang lengkap, menolak tawaran pelantikan dan penempatan atau sebagainya, mereka perlu memohon semula ke SPP melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my.

Bagi graduan yang gagal temu duga, mereka boleh memohon semula selepas enam (6) bulan dari tarikh keputusan temu duga dikeluarkan melalui portal SPP. Tempoh enam (6) diberikan oleh SPP untuk memohon semula bertujuan memberi peluang kepada calon untuk memperbaiki kelemahan diri.

Walau bagaimanapun, berdasarkan surat SPP rujukan SPP.30/22/4(19) bertarikh 27 Mac 2015, graduan yang menolak tawaran akan disenarai hitam selama satu (1) tahun sebelum layak memohon semula ke jawatan PPP Gred DG41. Dalam hal ini, panggilan temu duga adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen semasa KPM.

Selain itu, setiap calon perlu bersaing dengan graduan semasa dan hanya graduan yang terbaik sahaja akan dipilih oleh SPP berdasarkan merit, keperluan opsyen dan prestasi temu duga.

  • Kongsi