Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6?

6.1 Pelantikan Guru Tingkatan Enam (T6) dibuat melalui tiga (3) cara seperti berikut :

  • pemangkuan;
  • penempatan secara hakiki/setara; dan
  • tagging.

6.2 Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 adalah seperti berikut:

  • Pemangkuan
  • Disahkan dalan perkhidmatan dan berada di Gred DG41 sekurang-kurangnya lima (5) tahun (bagi pengisian jawatan Guru Akademik Tingkatan 6 Gred DG44 sahaja);
  • Mempunyai pengalaman mengajar Tingkatan 6 sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun);
  • Mengajar mata pelajaran / memiliki opsyen ikhtisas yang sesuai dengan pakej mata pelajaran Tingkatan 6;
  • Dicadangkan dan diperakukan oleh Pengetua; dan
  • Disahkan dan diperaku oleh Ketua Jabatan (JPN/ Bahagian).
  • Penempatan Secara Hakiki/ Setara
  • Telah dinaikkan pangkat secara TBBK keg red DG44/ DG48/ DG52;
  • Mempunyai pengalaman mengajar Tingkatan 6;
  • Mengajar mata pelajaran / memiliki opsyen ikhtisas yang sesuai dengan pakej mata pelajaran Tingkatan 6;
  • Dicadangkan dan diperakukan oleh Pengetua; dan
  • Disahkan dan diperaku oleh Ketua Jabatan (JPN/ Bahagian).
  • Tagging
  • PPP Gred DG41 yang sedang mengajar Tingkatan 6;
  • Mengajar mata pelajaran / memiliki opsyen ikhtisas yang sesuai dengan pakej mata pelajaran Tingkatan 6;
  • Dicadangkan dan diperakukan oleh Pengetua; dan
  • Disahkan dan diperaku oleh Ketua Jabatan (JPN/ Bahagian)
  • Kongsi