Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah syarat-syarat yang perlu untuk dilantik sebagai Pengetua/Guru Besar (PGB)?

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai 1 Julai 2014, kelayakan memiliki sijil NPQEL atau NPQH yang dikeluarkan oleh IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi syarat wajib pelantikan Pengetua dan Guru Besar di semua sekolah di bawah KPM. Ketetapan ini mewajibkan setiap PPP yang ingin menjadi Pengetua di Sekolah Menengah dan Guru Besar di Sekolah Rendah memiliki NPQEL atau NPQH selain syarat-syarat lain yang ditetapkan seperti berikut:

  • Syarat Umum
  • a) disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29);
  • b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini;
  • c) bebas daripada tindakan tatatertib;
  • d) telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun);
  • e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  • f) bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
  • g) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.
  • Syarat Khusus
  • a) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B));
  • b) mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu :
  • • Pengetua : Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam
  • • Guru Besar : Bidang Umum/Cina/Tamil;
  • c) lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan (NPQH);
  • d) mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;
  • e) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
  • f) melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013).
  • Kongsi