Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bagaimanakah jawatan hakiki pegawai sekiranya dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan?

Jawatan hakiki yang ditinggalkan kosong oleh penyandang boleh dibuat pengisian oleh pengganti secara tetap. Penyandang boleh dikekalkan di sekolah/ Jabatan asal penyandang bertugas.

Mana-mana penyandang yang dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan tidak ditempatkan secara fizikal di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) kecuali diarahkan berbuat demikian. Semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan pegawai adalah masih di bawah kawalan Ketua Jabatan di mana pegawai tersebut bertugas.

  • Kongsi