Langkau ke kandungan

Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bolehkah seseorang anggota bersara pada umur 58 tahun jika ia sedang menghadapi tindakan tatatertib atau perbicaraan jenayah yang boleh berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan?

Dalam keadaan sedemikian, anggota berkenaan tidak boleh bersara apabila mencapai umur 58 tahun.Sebaliknya perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai di lanjutkan melampaui umur tersebut sehingga keputusan di perolehi. Sekiranya tatatertib atau perbicaraan itu tidak berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan, maka ia hendaklah dibersarakan dan tempoh perkhidmatan selepas umur 58 tahun dikira cuti tanpa gaji dan tidak boleh diambilkira untuk faedah persaraan.

  • Kongsi