Seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 yang diarah menanggung kerja dan menjalankan tugas pengurusan stor kerana penyandang sedia ada bercuti sakit selama 3 bulan. Bolehkah pegawai ini dibayar BITPS?
Tidak Layak. Mengikut peruntukan di perkara 3, PP 8/1999, Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS) layak dibayar kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa. Oleh kerana pegawai berkenaan diarahkan menanggung tugas jawatan pengurusan stor, bermakna pegawai perlu menjalankan tugas sendiri disamping tugas jawatan yang ditanggung kerja. Dalam hal ini, pegawai tidak layak dibayar BITPS kerana tugas yang dijalankan tidak boleh ditakrifkan sebagai menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dan pegawai berkenaan tidak layak dibayar BITPS.
PEGAWAI BERTUKAR WILAYAH